CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »








Friday, December 9, 2011

Jangan Lari dariku

Bab 1

Mama..!! Rasa nak hentuk kepala dekat dinding saja. Baru je habis SPM, terus mama masuk meminang. Gila ke mama ni? Atau dah sawan? Hey! Syazwan Fazail! Sesuka hati kau je kutuk ibu sendiri. Dia meraup wajahnya dengan geram, sambil mengeluh berat. Bukannya mamanya yang nak menikah. Tetapi dia! Aduhai.. Nak lari, tapi ke mana? Nak bunuh diri, berdosa.. Arghhh! Syazwan menjerit dalam hati. Benci sungguh akan mamanya itu, baru saja seminggu dia tamat peperiksaan SPM, terus mamanya masuk meminang. Anak siapa entah, dia pun tak tahu. Teringat kata-kata mamanya semalam.

“Wan, mama dah pergi meminang anak kawan mama. Mama nak cepatkan majlis perkahwinan kamu dengan dia.”

“What??! Apa ni mama! Wan baru saja habis Spm?” Bentak Syazwan Fazail.

“Mama tak kira, bulan depan kamu berdua bertunang. Tiga bulan lagi kahwin! Jangan langgar perintah mama. Mama hanya nak yang terbaik untuk anak mama!” Selesai saja memberitahu hajatnya itu, terus dia berlalu keluar.

Syazwan Fazail melangkah malas ke halaman rumah. Baju t-shirtnya di buka dan dilemparkan ke kerusi. Seluar trexnya juga kena nasib yang sama. Dia terjun ke dalam kolam renang, tangannya mengayunkan gerak, kakinya juga begitu. Dia berenang sepuas-puas hatinya sampai tak sedar azan Maghrib berkumandang. Dia tetap saja tak mahu naik dari kolam itu. Rasa geram dengan Datin Sofia itu tidak hilang lagi.

“Wan, sudahlah tu. Mari naik dulu sayang..” Mak Rafidah orang gajinya yang telah lama bersamanya. Dia lah yang membesarkan Syazwan Fazail hingga dia menjadi seorang lelaki yang baik dan dengar cakap. Mama dengan papanya tidak pernah meluangkan masa bersamanya. Setiap hari sibuk dengan kerja. Kerja! Kerja! Kerja!

“Sekejap ibu, nanti Wan naik..” Syazwan tenggelamkan kembali badanya ke dalam kolam. Dia sudah terbiasa memanggil Mak Rafidah ibu dari kecil lagi. Keluarganya pun tak kisah. Datuk Azlan Fazail dan Datin Sofia juga hormat kepada Mak Rafidah.

“Dah solat ke belum tu Wan?” Mak Rafidah bertanya lembut.

“Belum bu..”

“Kalau belum tu, naiklah dulu. Lepas solat nanti, Wan nak sambung berenang tu sambung lah. Yang wajib mesti ditunaikan dulu ya.”

“Ye lah ibu..” Syazwan Fazail menarik keluar badannya dari kolam itu. Dia mencapai tuala yang Mak Rafidah bawakan tadi. Mujurlah Mak Rafidah sudah masak dengan perangainya yang mudah lupa itu. Dia tersenyum ke arah Mak Rafidah dan memeluk badan tua Rafidah dengan manja. Mak Rafidah membalas pelukan itu. Dah besar panjang anak majikannya itu. Walaupun dia diberikan hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah lupakan solat.

“Wan laparlah ibu..” Syazwan Fazail merengek manja.

“Ya ALLAH, tak makan lagi ke? Meh sini, ibu suapkan.”

“Ni yang sayang ibu ni! Ibu, lepas solat dan makan. Kita terjun kolam sama-sama nak?”

“Merepek dah mahgrib-mahgrib macam ni. Dah-dah, pergi mandi air panas lepas tu ambil wudhuk dan solat ye. Lepas tu, kita makan.” Mak Rafidah menepuk manja bahu Syazwan Fazail.

“Ok Ibu..” Dia memeluk kembali Mak Rafidah. Lama.. Dia tidak pernah memeluk Datin Sofia sebegitu sekali. Kerana memang dari kecil lagi, dia diasuh oleh Mak Rafidah.

“Mama dan papa kamu tak balik lagi ke?”

Tergaman Syazwan Fazail lalu dia melepaskan pelukan itu. Sakit telinganya mendengar perkataan ‘mama dan papa’. Huh! Mereka bukan orang tua aku! Yang suka memaksa saja kerjanya. Baru saja dia melupakan hajat mamanya itu. Tetapi bila saja mendengar perkataan itu, hati dia mula rasa geram. Mukanya kembali masam. Mak Rafidah terkedu. Mungkin anak terunanya itu masih memikirkan hajat majikannya itu.

“Wan, jangan termenung lagi. Huduhlah kamu buat muka masam macam tu. Nanti hilanglah kehenseman kamu itu.” Mak Rafidah mengendalikan keadaan.

“Ibu ni. Syazwan still hensem tau. Biarlah muka masam pun, asalkan muka Wan ni tak sama macam lembu.” Pecah tawa dua beranak itu. Selesai saja mengemas barang-barang di situ, mereka atur langkah ke dalam rumah. Pintu rumah di kunci rapat, tanda keselamatan.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..” Syazwan Fazail menamatkan solatnya. Setelah itu, mulutnya tak henti-henti berzikir. Dicampur dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Dia memejamkan matanya, masih lagi bertelingkar di atas tikar sejadah. Air mata lelakinya mula mengalir di pipi. Kejam sungguh mamanya mengatur hidupnya. Susah sangat ke mamanya nak faham keadaan dia? Yang baru saja menamatkan peperiksaan SPM ni? Tak sedar lagi ke mamanya itu dengan kejadian yang menimpa Abang Longnya suatu masa dahulu? Dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarga, tak sampai sebulan pun, Along sudah menceraikan isterinya dan kahwin dengan gadis pilihannya. Berwalikan Angahnya Azwan Fazail. Hanya dia, angah, adik su dan Mak Rafidah saja yang tahu di mana alongnya berada. Sekarang along pun hidup senang di sana. Tetapi dia?? Adakah dia dapat bertahan sebagaimana alongnya bertahan??

Dia mengangkatkan tangan untuk berdoa. Air matanya mengalir laju.

“YA ALLAH.. Jika ini yang ditakdirkan kepadaku. Aku terima semuanya dengan seandainya. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi segalanya. YA ALLAH, kau berikan aku petunjuk. Jika dia benar untukku, bahagiakanlah hidup kami. Jika dia tidak sesuai untukku, retakkanlah rumah tangga kami.” Syazwan Fazail mengaminkan doa. Mukanya diraup perlahan. Sampai begiru sekali dia berdoa. Dah taka da pilihan lain. Lusa dia akan menjadi tunang orang. Dia mengeluh perlahan.

Tikar sejadah dilipatnya dan diletakkan di dalam almari baju. Songkok pula diletakkan atas meja solek. Cermin mata dicapai dan diletakkan di kolar baju melayunya itu. Dia atur langkah perlahan menuruni tangga. Selesai saja solat mahgrib dan isyak, dia terus ke dapur. Bau makanan yang menusuk kalbu. Sedap sungguh, Syazwan tidak tahan lagi. Terus dia duduk atas kerusi meja makan itu. Mak Rafidah hanya senyum melihat telatah Syazwan Fazail yang memang kaki makan. Dia mencedokkan nasi ke dalam pinggan Syazwan. Sedang mereka enak menikmati makan malam…

“Sayang.. U ni minum banyak sangat lah.” Datin Sofia terhuyun-hayan masuk ke dalam rumah. Ada juga sampai jatuh ke tanah, dibangunnya semula.

Berdekah-dekah suami isteri tu ketawa. Lupa seketika urusan duniawi. Syazwan Fazail dan Mak Rafidah terkejut melihat ke dua insan yang sudah macam orang tak betul tu. Syazwan Fazail mendengus geram. Dia bangkit dari kerusi dengan perasaan yang membuak-buak di dada. Dia menghampiri ke dua-dua ibu bapanya itu, dan merenung tajam ke arah mereka berdua. Tangannya dikepalkan, menahan amarah. Mak Rafidah ke dapur untuk membasuh tangan. Lalu menampakkan dirinya di ruang tamu, di mana anak-beranak itu berada.

“Eh, kamu Wan. Dah tak sabar nak memeluk bakal isteri tersayang??” Lagi kuat Datin Sofia dan Datuk Azlan Fazail.

Syazwan baru saja hendak menampar Datin Sofia, tetapi lekas-lekas dia beristgfar di dalam hati. Dia memejamkan matanya. Mak Rafidah menghampiri mereka.

“Datin dah pulang??” Mak Rafidah cuba menghalang sebelum Syazwan Fazail bertindak melulu. Dia tahu Syazwan Fazail ingin menampar ibunya tadi.

“Aaaa.. Rafidah. Saya dah balik. Kami penat ni, lusa dah dapat bakal menantu, sebab tu tadi kami pulang lewat. Sebab meraikan bakal menantu, kan sayang.” Datin Sofia mencuit manja hidung suaminya itu.

“Betul tu Rafidah..” Datuk Azlan Fazail sendawa kuat. Bau arak kuat menusuk hidung Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Mak Rafidah berlagak biasa. Syazwan Fazail menahan sebak.

“Dah lah tu Datin, Datuk. Masuklah dulu bilik, mandi, solat….”

“Solat?? Hahaha, Solat? Apa tu solat?” Datin Sofia dan Datuk Azlan Fazail berkata serentak, sambil ketawa berdekah-dekah. Mereka pun berlalu ke bilik, jalan pun tak serupa bikin. Terkejut Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Air mata Syazwan Fazail tak dapat ditahan lagi, dia terus mengatur langkah ke luar rumah.

Syazwan Fazail melutut di tepi kolam ikan. Tangannya main-main lembut ikan di dalam itu. Kesemua ikan-ikannya sudah mempunyai nama sendiri. Dia sendiri yang bagi. Air matanya mengalir laju. Dia tidak dapat menahan sebak. Kalau Datin Sofia itu bukan mamanya, dah lama ditumbuknya perempuan tak guna itu! Mak Rafidah mengekori Syazwan Fazail, dia juga turut sedih dengan apa yang berlaku. Mak Rafidah cuba menenangkan Syazwan Fazail. Azwan Fazail masuk ke dalam rumah, langkahnya tiba-tiba berhenti kerana mendengar tanggisan seseorang.

“Siapa pula yang menangis malam-malam buta ni?” Azwan Fazail mengatur langkah perlahan ke halaman rumah. Matanya tertumpu ke arah Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Terdiam dia sebentar.

“Ibu, kenapa semua ni terjadi dekat Wan? Kenapa ibu bapa Wan jadi macam tu? Kenapa minuman syaitan tu jugak mereka teguk? Kenapa ibu! Kenapa!” Syazwan Fazail meraung sepuas-puas hatinya. Sambil memeluk Mak Rafidah. Azwan Fazail menghampiri Mak Rafidah dan Syazwan Fazail. Beg kerjanya itu diletakkan di pintu rumah tadi. Syazwan Fazail melepaskan pelukan itu dan terus memeluk angahnya.

“Angah!! Kenapa semua ni Wan kena tanggung? Kenapa semua ni terjadi kat keluarga kita angah? Kenapa??!!”

“Sabar dik, itu semua dugaan yang harus kita terima. Kita berserah je kepada ALLAH ye dik. Pasal perkahwinan kamu tu, terimalah seandainya. Walaupun mama dan papa minum arak, seburuk mana pun mereka itu, mereka tetap ke ibu bapa kita yang harus kita hormati.” Azwan Fazail berkata dengan lembut, sambil menyapu lembut kepala adiknya itu yang akan ditunangkan esok lusa. Kesian juga dia kepada adiknya itu. Tak pasal-pasal terima nasib yang sama macam dia dan along. Adik su pun mungkin akan terima nasib yang sama kot. Mak Rafidah menyapu air matanya. Ya ALLAH, berikanlah cahaya kebahagiaan kepada keluarga ini. Ringankanlah beban anak-anakku ini. Mak Rafidah berdoa di dalam hati.

Pertunangan antara Syazwan Fazail dengan Raihana Syaliana di adakan secara besar-besaran. Datin Sofia yang menyarungkan cincin pertunangan kepada Raihana Syaliana. Syazwan Fazail memandang rumah itu dari jauh. Tak sanggup nak tengok bakal isterinya itu. Ntah-ntah sama je perangai dengan Datin Sofia. Dia mengeluh berat. Anak datuk rupanya beruk tu! Syazwan Fazail bermadah seorang diri, di dalam kereta Vios miliknya itu. Enjin kereta dihidupkan, gear di tekan. Dia membawa diri ke pantai.

Enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari keretanya dan mengatur langkah di bawah pohon yang redup dari cahaya matahari untuk menenangkan jiwa. Dia menangis sepuas-puasnya, tidak dihiraukan sesiapa yang lalu-lalang di situ. Air pantai berombak lembut, angin meniup sepoi-sepoi, burung-burung bercanda sesame sendiri. Bagai mengerti kegelisahan yang dihadapi oleh Syazwan Fazail. Kematian kekasih dia Alia Maisarah dua tahun dulu, membuatkan dia tidak dapat menerima cinta sesiapa lagi. Dia amat mencintai Alia Maisarah, yang lemah lembut, baik hati. Tapi itu cuma sementara, kerana dia menghadapi penyakit barah otak. Alia Maisarah tidak dapat diselamatkan, dan arwah pergi menghadap yang maha esa. Tuhan lebih menyayanginya.

“Alia.. Andainya awak masih ada sekarang. Saya takkan jadi macam ni. Saya terlampau cintakan awak. Awak lah segala-galanya bagi saya. Kenapa terlalu awal awak pergi? Alia……” Air matanya mengalir lagi. Payah dia untuk menjalani kehidupan sebegini. Susah untuk dia menerima takdir yang menimpa diri. Cuma mampu berdoa saja. Handphonenya bernada, pantas dia mengelap air mata yang laju membasahi pipinya tadi. Private number? Sapa pulak ni?

“Assalamualaikum..” Syazwan Fazail jawab malas.

“Haii baby.. How are you? Baby ada kat mana?” Sungguh menggoda suara di hujung talian, tetapi tidak dapat menembusi tembok perasaan Syazwan Fazail.

“Sorry, awak salah nombor. Saya bukan baby awak.” sengaja perkataan baby itu dikuatkan sedikit.

“U tipu.. Takkan u tak kenal tunang sendiri..??” Raihana Syaliana merengek manja.

Syazwan Fazail terkedu. Tunang aku? Dia mendengus marah. Mesti Datin Sofia yang memberikan nombornya kepada ‘tunang’nya itu.

“Kau ni kenapa haa perempuan? Kau tu hanya tunang hanya sebagai nama! Bukan tunang aku yang sebetulnya aku sayang dan cintai! Assalamualaikum..” talian dimatikan.

Raihana Syaliana memuncungkan mulutnya. Datin Sofia melihat bakal menantu kesayangannya itu.

“Kenapa ni sayang??” Datin Sofia merapati tubuh Raihana Syaliana yang sudah panjang sedepa muncungnya itu. Spesis macam itik pun ada juga!

“Wan.. Dia tak layan Syana..” Raihana Syaliana merengek manja, suaranya dibuat-buat sedih.

“Kamu sabar ya sayang. Mama akan buat Wan tu sayang dan cintakan Syana. Syana jangan risau ya. Tak lama lagi, kamu akan menjadi menantu mama. Mama akan berikan semuanya apa yang kamu minta ya sayang..” Datin Sofia memeluk tubuh Raihana Syaliana. Raihana Syaliana senyum sinis. Mampus kau Syazwan Fazail, lepas aku bernikah dengan kau. Aku akan rampas semua harta kau dan akan membiarkan kau hidup miskin! Raihana Syaliana ketawa dalam hati. Datin Sofia melepaskan peluka, dia menyapu air mata palsu yang mengalir di pipi Raihana Syaliana.

“Syana tak cukup seksi lagi ke mama? Atau Syana perlu lagi seksi untuk menambat hati Wan..?” bulat mata Azwan Fazail memandang Raihana Syaliana itu. Pakai baju tak cukup kain, terdedah sana sini, kau ingat adik aku tu suka kat engkau? Jangan bermimpilah budak! Azwan Fazail bermadah dalam hati.

“Cukup dah tu seksinya, kan kalau terlebih seksi, biar papa saja yang kahwin dengan kamu.” Datuk Azlan Fazail menyambung kata.

“Sayang ni gatal tau, dengan bakal menantu pun nak cuba. I tak cukup lagi ke?” Datin Sofia menunjuk-nunjukkan badannya yang berpakaian ketat itu.

“Sayang.. I gurau sajalah. Malam ni kita enjoy ya sayang.” Pecah ketawa mereka bertiga. Cuma Azwan Fazail saja yang diam. Dia menggeleng kepala. ‘YA ALLAH, kau pulihkanlah orang tuaku.’ Dia berdoa di dalam hati.

“Azwan.. Kamu pula? Tak nak kahwin lagi ke? Takkan lah nak tunggu orang yang dah mampus tu?” Terkejut Azwan Fazail dengan kata-kata bonda yang tercinta itu. Wajah suci arwah Liyana Aisyah bermain di minda.

“Mama.. Jaga butir bicara mama. Dia meninggal dunia, bukannya dah mampus.” Sengaja perkataan mampus itu di kuatkan sedikit. Datin Sofia menjengkelkan matanya memandang anaknya yang kurang adab tu.

“Kamu jangan biadap dengan mama!”

“Siapa yang biadap? Mama atau Azwan?”

“Mama cuma tanya, bukannya memarahi kamu. Kamu tu belajar agama tinggi-tinggi sampai ke luar Negara. Tetapi tak pandai nak hormat orang tua!”

Azwan Fazail bangkit dari kerusi, jarinya ditunding ke arah Datin Sofia, Datuk Azlan Fazail dan Raihana Syaliana. Mereka semua terkejut. Azwan Fazail senyum sinis memandang mereka.

“Memang saya kena hormat mama, tetapi kalau mama tak hormat anak mama sendiri, buat apa Azwan nak hormat mama? Mama dengar sini ok? Kalau Syazwan tak bahagia dengan hidup dia bersama perempuan durjana tu!” Jarinya ditunding ke arah Raihana Syaliana yang memandang tajam ke arahnya. Lalu dia senyum sinis.

“Mama tahulah apa yang akan Azwan buat kepada mama dan papa.” Azwan Fazail atur langkah ke luar rumah, kunci kereta dicapainya. Kereta dihidupkan, gear ditekan. Dia keluar dari rumah itu buat selama-lamanya. Tak ingin lagi dia menjejak kaki ke rumah yang telah banyak menyimpan kenangan buruk dan pahit bagi dia. Tetapi, kenangan indah bersama arwah isteri pertamanya itu. Takkan dia lupakan. Dia meneruskan perjalanan ke kampong Alongnya di Terengganu. Dan tinggal bersama isteri keduanya kembar Liyana Aisyah yang dikahwin tanpa pengetahuan ke dua ibu bapanya. Dia lebih suka begitu.

“Mama, Syana balik dulu. Syana tahu semua orang dalam rumah ni bencikan Syana. Syana rasa tak patut Syana menjadi salah satu dari keluarga ni.”

“Syana balik dulu, tenangkan fikiran ya. Jangan fikirkan yang buruk-buruk. Mama dan papa akan pastikan yang kalian bahagia. Percayalah sayang.”

“Ok mama.. Janji tau..” Raihana merengek manja sambil memeluk ke dua bapa dan ibu mertuanya itu.

Jaga kau Wan. Nanti kau akan terima akibatnya! Jerit Raihana Syaliana.

Syazwan Fazail masih lagi mengelamun seorang diri. Matahari sudah naik, dia terpegun melihat keindahan ciptaan ALLAH. Sungguh cantik, lantas dia mengeluarkan handphone blackberrynya dan pantas menangkap gambar permandangan itu. Hilang segala resah di jiwa. Dia tersenyum puas. Gambar di dalam handphone itu, di belek berulang kali. Dia mengeluh perlahan. Dari jauh dia Nampak seorang gadis bertudung labuh berwarna putih. Baju kurung yang besar menutupi badan perempuan itu. Dalam kegelapan senja itu, dia melihat gadis itu dengan samar-samar. Matanya dikecilkan untuk melihat dengan jelas. Alia Maisarah!