CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »








Sunday, October 31, 2010

~saya sayang awak~



Buat Korang Yang Saya Sayang

buat awak yang saya sayang...

terima kasih atas semuanya...
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa
dalam hidup awak...

buat awak yg saya sayang

walaupun saya tiada disisi awak
saya tetap menyayangi awak
saya tetap ingat kat awak...

buat awak yang saya sayang..
saya sayang awak,
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak,
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak,
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak,
pendek kata saya mmg sayangkan awak...

buat awak yang saya sayang...

walaupun awak bukan yang pertama
tapi bagi saya awak tetap yang pertama

buat awak yang paling saya sayang...
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya,
buat awak yang paling saya kasihi...
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan,
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya.....
terima kasih kerana hanya awak merindui saya
terima kasih...terima kasih...
walau pun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak
tapi...dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

Tuesday, October 26, 2010

Sunday, October 17, 2010

suke

jalan2...nok hujan doh kat kerteh ni.

writing by
FaTiN iKa

LOVE FOREVER..

we are friend forever.....
F.A.N.A


CREATED BY
aNiS (^_^)v

Thursday, October 14, 2010

FRIENDSHIP NEVER DIE....


CREATED BY
aNiS

sayang sahabatku...

kepade fatin...

aq nok minta maaf jike ade buat salah
sampai tersinggung perasaan mu....
kalau mu xdpt nak maafkan aq.
aq trime dengan ikhlas....
aq sayang mu...
aq x sanggup nok putuskan persahabatan
kite yang dah lame terjalin...
bukannyer aq dah lupekan mu...
aq cume sibuk sejak akher2 ni....
mu dop tahu....

ary2 aq update blog kite...
sbb aq syg blog ni....
aq sayang persahabatan yang
telah lame kite berempat bine....
jangan lah buat aq susoh haty...
ary2 aq selalu engat ke mu
and yang lain.....
aq minta maaf sbb x dpt jumpe n
borak2,gelak ketawe macam dulu....

aq rindu saat yang terindah tu....
kalau mase dapat putar kembali...
aq ingin bersame sampai akhir hayat
aq... aq xmoh kite berempat berpecah...

aq engat kite berempat pernah berangan2
nak bine hotel same2..
aq engat lagi gurau sende kite..
.........
aq harap hubungan kite kekal..
hingge ajal aq tibe....
aq sayang sangat2 kat F.A.N.A.....
engatlah ia sampai mati.....


yang dibelenggu kesedihan,keresahan....
aNis AiNiNa.... :'(

Wednesday, October 13, 2010

hurm.....

kenape sejak akher2 ni..... kami berempat semakin tidak bertegur sape mcm dulu2?
YA ALLAH.....kembalikan lah kemesraan di antara kami berempat.....

yang kesedihan...
aNiS :'(

KaU kAwAnKu

kau cantik kawan.
meski aku belum melihatmu.

kau tampan kawan.
meski aku belum bersua denganmu.

kau menawan kawan.
ada banyak rahasia harus kutahu.

kau adalah dirimu kawan.
aku dengar tapi tak kulihat itu.

kau adalah lecutan semangat kawan.
hidup ini pun indah terasa.
karena kau kawan.

kawan kau adalah api yang membara membakar
jantung hidupku.
bersamamu aku tersenyum.

kawan kau sangat berarti.
kau harga mahal yang pernah ada didunia ini.

WriTiNg By
AieN

ErTi SaHaBaT

sahabat?
apa lagi erti sahabat
jika hanya bermandi air mata
apa lagi erti sahabat
jika sering terluka


teman...
sesungguhnya bait mu mengguris hatiku
mengenang aku pada memori trindah
yang ingin aku lupakan slame2nye....

wRiTiNg bY
F.A.N.A

sAhAbAt sEjaTi

Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada ALLAH.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan ALLAH..

WriTiNg By
NiK

PuiSi BuaT kAwAN

sayang selalu sayang kamu
melihat bintang tanda dirindu
jangan dah kenang apa yang berlaku
hanya sematkan dalam hati memory yang satu
ingat puisi sang pujangga jiwa
hilangkan air mata kesedihan
biarkan cinta membawa kita


bile berjanji ingat sape yang dijanji
bile sendiri ingat sape yang menyendiri
bile dicintai ingat sape yang dicintai
bile membeci ingat sape yang dibenci
jangan bermain api jika tak rela dibakar api
jangan berani berumah di tepian jika tak berani dimamah ombak
katakan pada dunia sape yang berduka
katakan pada dunia sape yang bercinta
biarkan ayat-ayat cinta bercerita
moga jiwa tak lagi curiga
semoga aman kita semua
damai jiwa yang kecewa....

wRiTiNg bY

aNiS

Muslimah Harapan

Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
itulah muslimah harapan muslimah harapan... harapan
Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah haraapan
Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela Islam yang mulia
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya
menjadi lambang Islam yang gemilang...
Puteri harapan serikandi Islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan Islam
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan yang mendalam
terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang
kau didik generasi mendatang
untuk agama tercinta.....

wRiTiNg By
aNis

KaWaN kU

Kawan... apalah yang kau kesalkan
kerna Tuhan kehilangan kawan
kerna kebenaran dihina
jangan kau ragu dalam perjuangan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang lawan jadi kawan
apalah disedihkan hati
para pejuang selalu kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
lihatlah para Rasul mulia
lebih tersiksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
walaupun keseorangan
mereka memadai dengan Tuhannya
itulah kebahagiaan di waktu sempit seorang diri
kawan apalah disedihkan hati...
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa...

WRiTiNg By

F.A.N.A

Warna Kerinduan

Kitakah yang tertewas
pada warna kerinduan
menatap sepi kelam senja
ketika lambaian mentari merah
mengucap salam perpisahan
nanti esok bertemu kembali
membicara rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu

Kitakah sang pengutip
serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam
ketanduasan kasih sejati
merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa di airi
hujan ketabahan.

wRiTiNg bY
aNiS and aiN

Wawasan Muslimah

Tidak pernahkan ada impian terlukis indah mewarnai hidupmu
menjadi muslimah kebanggaan menjadi penggerak dalam perjuangan
sedangkan Fatimah berbahgia di syurga kau generasi bakal menggoncang
dunia
yakinilah...

Apakah kau masih diulit mimpi menjauhkan diri dari titah Ilahi
menjadi serikandi harapan pertiwi menjadi penyeri nirwana duniawi
tanpa sumbanganmu ummah membeku
untukmu muslimah kami hamparkan hirisan doa...

Demi cinta demi cita-cita
kau pikul amanah suci
tabahkan hatimu curahkan baktimu natijahnya nanti kau miliki
di taman abadi indah berseri kan temui...

Muslimah harapan punyai wawasan muslimah sejati pekertinya tinggi
gandingan bersama kami pohonkan didik generasi yang diidamkan
hadapilah...

Muslimah harapan punyai wawasan muslimah sejati pekertinya tinggi
di antara bintang kau bagai kejora menerangi malam menyimbah ke bumi

Untukmu muslimah inilah seruan kau pikul amanah suci
tekadkanlah hati demi cita-cita
kau pikul amanah suci

Suburnya Kasih sejati

wRiTiNg By
FaTiN and NiK

Impian ku

Ingin suatu hari...
ketika bangun daripada tidurku...
embun menyentuh kulit ku di kala subuh...
ketika fajar menjelma...nyanyian burung
kedengaran...
udara nyaman di sekeliling ku...
kehijauan alam jelas di ruang mataku...
menyedapkan hati dan jiwa ku...
ingin suatu hari...
masyarakat sekeliling ku saling tolong
menolong...
'cubit peha kiri peha kanan terasa jua'...
tiada yang susah antara mereka...
'susah senang sama dirasa'...
ingin suatu hari...
semua yang ada pada hari ini...
macam mana hendak ku jelaskan
itulah impian ku....

kenapa mereka tak turut sama merana
kenapa asyik kami yang kena
kenapa masih tiada lagi jawapannya,
Sampai bila kami dapat bertahan
sampai bila kami dapat bersabar
sampai bila kami akan tertekan
sampai bila ... sampai bila...
sampai aku jadi GILA!!!!!

Senja
untuk apa kau memapah aku
untuk lari dari kegelapan
sedangkan kau jua penghuni sebuah lara
panjang
untuk apa kau curahkan keringatmu
pada aku yang pernah kau ukirkan
sebuah pelantar kebencian.

wRiTiNg bY
NiK

Pertemuan semalam, hari ini dan esok

Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati

Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan

Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu

Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku

Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................

sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.

Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...

wRiTiNg By
FaTiN

SiaPaLaH aKu

Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..

Kalaulah aku..
seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku air...
akan aku sirami Kuala Lumpur ini...
yang sedang diCATU air...
tapi tak mungkin.... tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...

Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...

kelakar..kelakar...
kalaulah aku...

Ahh mengarut semua itu...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan
fantasi....

cetusan minda

Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.

wRiTiNg bY
aNis

KaWaN

Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !

Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.

Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan

bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...

sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....

wRiTiNg By
aiEN

Friday, October 8, 2010

eXaM...eXaM...eXaM

ouh...tidak....exam OTI 3 semakin hampir dengan kami...

tggu exam akher tahun bulan 11 ni plop...

doakan kejayaan kami... :p

wriTing by
>F.A.N.A<

(^_^)v >BuDi< (@_@)v

TeRaNg BuLaN TeRaNg Di PaYa,
aNaK KaMbiNg MeMaKaN RuMpUt,
JiKa TaK kENaNg KePaDa SaYa,
NaMa YaNg BaiK TiDaK TeRseBuT....

aNaK MeRaK MaTi TeRsaNgKut,
MaTi DiPaNaH SeRi RaMa,
ReSaM Di DuNiA JuGa DiseBuT,
oRaNg YaNg MaTi MeNiNgGaLKaN NaMa....

aNaK iTiK TeReNaNg-ReNaNg,
AiR PaSaNg TeNaNg-TeNaNGaN,
BuDi SeDiKiT BiLa KaN HiLaNg,
iTu MeNJaDi KeNaNg-KeNaNgaN....

aNaK iKaN BeRLiMa-LiMa,
MaTi DiTiMpa PuNgGuR BeRdauN,
KaSiH TuaN sAyA TeRiMa,
SeBaGai HuTaNg SeRiBu TaHuN.....

WriTiNg By
>aNis AiNiNa<

Friday, October 1, 2010

SaMbUtaN hAry RaYe At SeMeKeR...



OuR fRiEnDsHiP nEvER DiE...

cReAtEd By
aNis AiNiNa (^_^)v