CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »








Wednesday, January 4, 2012

FANA FOREVER~~~!!!!!!!




1=> Anis Ainina (atas kiri)

2=> NorAin Shawati (atas kanan)

3=> Nik Faezah (bawah kiri)

4=> Fatin Afiqah (bawah kanan)


Empat sahabat yang sudah lama berkawan sejak dari tadika lagi. Mereka sentiasa bersama walau kemana jua mereka pergi. Tamat tadika, masuk sekolah rendah mereka berpisah. Sorang mengikut ibu yang merupakan seorang guru sekolah rendah. Tiga lagi yang lain masih lagi bersama, tetapi lain-lain kelas. Cukup menyeksakan bagi mereka berempat. Tapi semasa berpisah mereka masih lagi kecil dan tidak mengerti apa-apapun lagi erti persahabatan sebenar. Empat tahun berpisah, masing-masing sudah tidak rapat macam dulu lagi. Masing-masing ada kawan baru, kawan baik, kawan segalanyalah. Hampir saja mereka melupakan persahabatan mereka itu.


Pada tahun 2005, mereka bertemu kembali dalam satu sekolah baru dibina iaitu, Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh 2. Dimana dahulu, Anis bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Petronas semasa darjah satu dan dua. Masuk alam darjah tiga, dia terpaksa berpindah sekolah atas desakan keluarga. Sekolah barunya iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Baru. Dapat lagi kawan baru, masa itu Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh 2 belum lagi siap. Pada tahun 2004 pula, Anis minta untuk dipindahkan semula di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Petronas kerana tidak tahan dengan gangguan-gangguan aneh.


Kisah persahabatan mereka masih lagi samar-samar, kerana masih lagi berlainan kelas. Anis dan Nik satu kelas. Fatin dan Ain pula satu kelas. Tapi masing-masing sudah seperti tidak mengenali sesama sendiri. Mungkin sudah lupa akan persahabatan mereka dahulu kala. Masuk tahun 2006, Ain dinaikkan ke kelas yang sama dengan kelas Anis dan Nik. Tetapi tetap saja mereka macam tahun lepas, tidak mengenali sesama sendiri. Mereka berkawan macam biasa, masing-masing mempunyai kawan baik sendiri. Walaupun begitu, mereka tetap bercakap dan bertegur sapa. Tiba hari mendapat result UPSR, mereka menangis melihat result masing-masing. Mungkin jua akan berpisah lagi, tetapi tuhan masih lagi inginkan persahabatan mereka kekal.


Masuk sekolah menengah mereka masih lagi bersama, tetapi yang menyedihkan juga mereka tidak sama satu kelas. Nik masuk kelas ke dua, Anis dan Ain kelas sama, dan Fatin pula kelas yang ke tiga. Namun begitu, mereka saling bertegur sapa, bergurau senda, bergelak ketawa dan sebagainya. Masuk pertengahan tahun, mereka berempat menjadi akrab semula. Pergi sekolah naik basikal bersama-sama, walaupun rumah Ain jauh dari rumah Anis,Nik dan Fatin. Mereka bertiga sanggup menunggu Ain disebatang pokok tidak jauh dari sekolah, sambil menunggu mereka berbual sesama sendiri. Walaupun sudah keterlewatan, mereka tidak kisah. Biarpun didenda, mereka tidak kisah. Asalkan jangan salah seorang dari itu kena denda. Tak sanggup melihatnya.


Anis dan Ain duduk sebelah-menyebelah dalam kelas. Mereka mula rapat semula, dan sering kali juga berceritakan kisah mereka semasa di tadika.


"Anis, mung ingat dok lagi mase kite tadika dulu? Kita rapat kan?"


Anis terkejut, Ain masa ingat lagi? Kuat sungguh ingatan dia, aku sudah tidak dapat mengingati lagi semua itu.


"Ingat gok lah sikit-sikit. Bakpe?"


"Ingat dok mung nangis sebab nok pindoh sekolah rantau dulu?" Ain gelak kuat. Anis terlompong.


"Ye dok mung? Haha, lupalah pulok. Hok isu sensitif dakyoh lah diulangi lagi, dakyoh ingat lah."


"Ye lah, aku gurau je. Lama doh dok gurau-gurau dengan mung."


"Hoo lah Cik kak."


Mereka sama-sama ketawa. Rasa bersalah timbul dalam diri Anis, macam mana dia boleh lupakan semua tu? Ain tetap bersahaja, mungkin dia saja je buat macam tu untuk menjaga perasaan Anis. Cikgu masuk kelas, semua diam menyepi mendengar dengan teliti apa yang cikgu mengajar. Tapi Anis masih lagi memikirkan soal yang tadi itu. Mata memandang cikgu, tapi otak tak dapat menangkap setiap kata-kata cikgu itu. Bulan februari telah pun tiba, sekolah membuat satu kempem gotong-royong. Anis dan sorang lagi kawan sekelasnya bernama Nor Syawati pergi ke tandas untuk mengambil gambar seseorang yang menjadi ingauan Syawati. Tetapi orang yang diminatinya sedang membersihkan tandas lelaki, takkanlah mereka nak masuk ke situ. Syawati memanggil seorang senior kami yang namanya Syarzwan untuk mengambil gambar itu. Senior itu sudah tingkatan 4, kami baru saja tingkatan 1. Anis menghulurkan telefon bimbitnya kepada Syarzwan untuk mengambil gambar orang yang Syawati minat itu. Semasa memberikan telefon bimbit itu, tiba-tiba satu perasaan yang aneh datang menerpa Anis. Namun Anis tolak jauh-jauh perasaan itu.


Semenjak kejadian itu, Anis mula rasa suka kepadanya. Tetapi takkanlah dia nak pergi kat Syarzwan dan memberitahu tentang perasaannya itu? Cepat-cepat dia buang perasaan itu, perasaan ingin berkawan dengan seniornya itu cuba dicarinya. Mereka mula berkawan nak dekat akhir-akhir tahun. Semasa majlis akhir tahun berlangsung, dia meminta Nor Syawati mengambil gambar Syarzwan untuk membuat kenangan. Dia tidak berani untuk berhadapan dengan Syarzwan, tidak tahu kenapa. Syarzwan tampak segak memakai baju melayu berwarna biru laut memikat hati Anis untuk menyimpan gambarnya. Sampai sekarang Syarzwan tidak tahu akan hal itu, biar sajalah Anis dengan dunianya sendiri. Oleh sebab itu, persahabatan antara mereka menjadi tidak tentu arah. Anis jatuh cinta? Macam mana dia boleh melupakan persahabatan mereka macam tu saja?


2008 menjelang tiba, Nik dan Anis masih lagi di kelas yang sama. Cuma Ain diturunkan kelas kerana merosot dalam pelajaran. Merosot dalam pelajaran atau kerana memikirkan persahabatan mereka? Itu hanya Ain saja yang tahu. Semakin hari, Anis tidak lagi bersama kawan-kawan naik basikal ke sekolah. Setiap hari ibunya lah yang sering menghantar dia ke sekolah, sungguh dia telah melupakan sahabat-sahabatnya. Tapi mereka tetap bertegur sapa. Kalau berjumpa mulalah bising, tapi itu cuma sementara sahaja. Anis sudah tidak lagi bersama mereka, Anis mendapat kawan baru dan menumbuhkan kumpulan Funny Girl. Empat orang juga termasuk dia., tapi dia tidaklah jadi lupa diri. Cuma dia hampir melupakan Ain,Nik dan Fatin. Mereka bertiga pun sudah tidak lagi mengganggu hidup Anis, Anis sudah tidak lagi berkongsi masalah suka duka kepada 3 sahabat lamanya itu. Mudah sungguh dia melupakannya.


"Anis dah tak ada dalam kumpulan kita lagi Ain, Nik."


"Ye lah, dapat kawan baru. Kawan lama dia buang macam tu saja."


"Itu ke nama SAHABAT??"


Mereka semua diam tak bersuara. Membawa diri ke pantai untuk menghilangkan rasa sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang amat mereka sayang.


Anis cuba contact tiga sahabatnya itu, tetapi tidak ada jawapan. Takkan disebabkan dia jatuh cinta, persahabatan mereka berkecai macam tu saja? Senior tu pun sudah tamat sekolah, Anis pun sudah hilang rasa suka terhadapt seniornya itu. Anis hampa, sekarang sudah masuk tingkatan 3. Mereka memang sudah tidak bersama lagi walaupun Ain dapat naik kelas yang sama dengan Anis. Mereka tidak rapat macam selalu, habis exam PMR mereka diam tak ada khabar berita. Anis gelisah, sampai macam tu sekali mereka melupakannya. Walaupun dia mempunyai kawan baik yang lain, namun Anis masih lagi sentiasa mengingati sahabatnya itu. Anis juga sering menyanyikan lagu tentang sahabat seorang diri bagi mengingati rakan-rakannya itu.


"Di sini kita pernah bertemu, Mencari warna seindah pelangi, Ketika kau menghulurkan tanganmu, Membawaku ke daerah yang baru, Dan hidupku kini ceria...."

Anis mengesat air matanya dengan tangan. Muzik Instrumental dimainkan, Anis menyanyi mengikut rentak.


"Kini dengarkanlah, Dendangan lagu tanda ingatanku, Kepadamu teman, Agar ikatan ukhuwwah kan Bersimpul padu, Kenangan bersamamu, Takkan ku lupa, Walau badai datang melanda,Walau bercerai jasad dan nyawa."


Gambar rakan-rakannya dipandang sepi, lalu dia tersenyum dalam tangisan.


"Mengapa kita ditemukan, Dan akhirnya kita dipisahkan, Mungkinkah menguji kesetiaan, Kejujuran dan kemanisan iman, Tuhan berikan daku kekuatan, Mungkinkah kita terlupa, Tuhan ada janjinya, Bertemu berpisah kita, Ada rahmat dan kasihnya, Andai ini ujian, Terangilah kamar kesabaran,Pergilah derita hadirlah cahaya..."


Lagu Untukmu Teman - Brothers menjadi pilihannya sewaktu itu. Anis sedih,hampa, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terkeluar juga air matanya tatkala melihat gambar-gambar itu. Hari mendapat result PMR sudah tiba, result tidaklah memberansangkan sangat. Cukup makan saja, ditakdirkan Nik kelas Prinsip Akaun, Anis dan Ain kelas Perdagangan, manakala Fatin pula kelas Landskap. Anis cuba untuk merapatkan semula persahabatan mereka itu. Anis duduk bersama dengan Ain, kadang-kala dia cuba untuk bercakap dengan Ain. Lama kelamaan mereka berbaik dan menjadi kawan baik semula. Anis mula memperbaiki persahabatan mereka itu, dengan membuat satu BLOG untuk mengingati persahabatan mereka.


Anis jugalah yang mereka nama kumpulan mereka, iaitu FANA. Gabungan huruf depan mereka berempat. Mereka berempat setuju dengan idea Anis itu, dan sekarang pun mereka masih lagi bersahabat sepertia biasa.


"Nak tak aku buat nama geng kita FANA?"


"Haaa? Fana??" Ain garu kepala..


"Mung ingat lagu pergi tak kembali ke?" Fatin tahan gelak.

"A'ahlah.. Dunia yang FANA.. akan ditinggalkan.." Nik menyanyi ikut rentak lagu itu.


"Bukannlah! Maksud aku FANA tu, gabungan nama kita berempat." Anis cuba menerangkannya.


"Kalau nak gabung name kite empat orang, panjang tu! FatinAnisNikAin.. Mana mung dapat FANA tu?" Ain menyambung. Anis mengeluh, lurus sungguh dia ni sorang. Nik pun sama.

"Hah! Kejap!"


Semua pandang Fatin tidak berkelip. Fatin tersenyum memandang Anis. Anis angkat kening, Ain dan Nik menunggu ayat seterusnya.


"Aku tahu kenapa FANA. F tu huruf depan nama aku, 2 huruf A tu depan nama Anis dengan Ain, N tu pula huruf depan nama Nik. Jadilah FANA, bagus gok idea mung Anis! Aku setuju..!"


"Ye gok orp.. Aku pun setuju gok! Setuju sangat-sangat." Ain menjerit gembira.


"Aku pun!!"


"Dan aku pun dah buat satu blog untuk kita empat orang."

Yang lain terdiam sebentar, semua pandang tepat ke arah Anis. Anis hanya tersenyum manis.


"Blog tu dah lama aku buat. Dari tahun lepas lagi, tapi aku lama tak bukak. Sebab tak pandai sangat berblogging tu. Aku belajar dari seorang blogger ni macam mana cara nak menghias blog, lama-lama tu baru aku tahu macam mana. Start bulan julai aku mula membuat entry. Kalau korang nak tengok, jom lah kita pergi CC."


"Anis, aku ingat mung dah tak ingat kat kitaorang lagi." Ain berseloroh.


"Ye lah, sebab mung kan ade kawan hok lebih baik dari kiteorang. Cerdik, pandai. Kitaorang ni apalah sangat, bodoh." Fatin menyambung.


"Sapelah kita ni kan? Ain? Fatin.." Nik merendah diri.


"Mana ada, aku tak pernah lupakan kawan-kawan aku yang ni. Korang tetap dihati tau! Jangan ingat aku akan lupakan mung semua. Cuma aku ingat mung semua je yang dah lupakan aku."


"Kitaorang pun sama gok macam mung."


"Dengar ni ya." Anis minta semua kawannya duduk. Dia membuka sehelai kertas yang tertulis macam-macam didalam tu. Dia membaca satu per satu.


"Seorang Teman adalah anugerah tuhan untuk kita,kemana dia pergi kita akan mencarinya,dari mana dia datang, Kita tak perlu tahu,kemana dia menghilang, kita pasti akan merinduinya.." Anis membaca dengan berhati-hati.


Fatin tongkat dagu, Nik senyum, Ain angkat tangan. Semua mata tertumpu ke arahnya. Dia bangkit dan menarik Anis untuk duduk di tempatnya.


"Ok, aku pulak!" Semua ketawa dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya.


"Ehem.. Hebat mana pun percintaan kita, Jangan sesekali abaikan Persahabatan. Kerana yang selalu didengar orang putus cinta. Tapi jarang didengar orang putus kawan."


Semua terdiam tatkala mendengar ucapan Ain itu. Ada yang sampai menitiskan air mata. Dia menyambungnya kembali.


"Kau adalah segalanya bagiku, kau adalah nafas bagi tubuhku, kau adalah cahaya bagi hatiku, kau adalah sumber imajinasi yang bersemayam di dalam benakku. Senyummu adalah tetesan embun yang membasahi kedua bibirku dan menjagaku dari dahaga, suaramu adalah doa bagi jiwaku yang terus saja gelisah, belaianmu adalah kelembutan bagi hatiku yang mengeras batu dan dekapanmu adalah kehangatan bagi hidupku yang sunyi, dingin dan sepi. "



Mereka bertiga menepuk tangan sambil bersorak gembira. Duduk tepi pantai memang nyaman sekali. Hanya mereka berempat saja yang berada di situ, bunyi desiran ombak tidak mengganggu keseronokkan mereka malah membuatkan jiwa mereka lagi gembira dan damai.


"Aku nok nyanyi dengan Nik!!



"Bereh, Ain bagi gitar tu." Ain menghulurkan gitarnya kepada Fatin, Anis pula mengulurkan botol air kepada Nik. Mereka berdua duduk jauh sedikit, berbincang lagu apa yang nak dinyanyikan. Lepas dua-dua tu sepakat mereka menghampiri rakan yang lain. Anis dan Ain menunggu dengan sabar.


"Terimalah, Season In The Sun.. Nyanyian WestNikFatin!!!"


"Hahaha.. Rosak nama group orang."


"Biarlah, ok terimalah sahabatku.."


Anis dan Ain menepuk tangan, Fatin duduk atas pasir. Manakala Nik memilih untuk berdiri. Not gitar dimainkan. Nik dan Fatin mula menyanyi.


"Goodbye to you my trusted friend, We've known each other since we were nine or ten

Together we've climbed hills and trees, Learned of love and ABC's, Skinned our hearts and skinned our knees, Goodbye my friend it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that spring is in the air, Pretty girls are everywhere, Think of me and I'll be there."


Masuk saja korus, mereka menyanyi bersama-sama.


"We had joy, we had fun, we had seasons in the sun, But the hills that we climbed

Were just seasons out of time....."


Mereka sangat enjoy.. Nik teruskan menyanyi solo.


"Goodbye Papa please pray for me, I was the black sheep of the family, You tried to teach me right from wrong, Too much wine and too much song, Wonder how I got along, Goodbye Papa it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that the spring is in the air, Little children everywhere, When you see them, I'll be there.."


Anis dan Ain bangkit lalu memeluk Nik dan Fatin. Mereka pun menyanyi bersama-sama lagi sekali.


"We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song, Like the seasons have all gone, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song

Like the seasons have all gone.."

Fatin pula menyanyi seorang. Nik meletakkan tangannya yang memegang botol tu depan mulut Fatin.


"Goodbye Michelle my little one, You gave me love and helped me find the sun, And every time that I was down, You would always come around, And get my feet back on the ground,

Goodbye Michelle it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that the spring is in the air, With the flowers everywhere, I wish that we could both be there.."


Mereka sambung kembali menyanyi bersama..


"We had joy, we had fun, we had seasons in the sun, But the hills that we climbed

Were just seasons out of time, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song, Like the seasons have all gone, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun,........."


Mereka berasa sungguh gembira kerana dapat kembali semula. Hanya maut saja yang dapat memisahkan persahabatan mereka. Angin pantai bagai tahu saja kegembiraan yang mereka kecapi, ombak pantai bagai mengerti keseronokkan mereka, daun-daun berguguran bagaikan menyambut hari bahagia mereka.


Betullah kata orang..


KaWaN mAcAm HoT FM , sEbAb DiA LeBiH haNgAt DaRiPaDa YaNg BiaSe

JuGa MaCaM nTv7, SeBaB DiE CeRiA SeLaLU, TaPi MaCaM Tv3,SeBaB DiE SeNTiAsA DiSiSi, YaNG PaLiNg pENTinG, Kawan MaCaM Tv9 seBaB iA…….

DEKAT DI HATI~~~

Anis pula ingin menyanyi. Mereka akan mendendangkan lagu Sebuah Pertemuan - UNIC.. Dan di situ jugalah Anis mendapat Idea untuk membuat nama kumpulan mereka..

"Ketika diri mencari sinar,Secebis cahaya menerangi laluan,Ada kalanya langkahku tersasar, Tersungkur di lembah kegelapan , Bagaikan terdengar bisikan rindu, Mengalun kalimah menyapa keinsafan, Kehadiranmu menyentuh kalbu, Menyalakan obor pengharapan.."

"Tika ku kealpaan, Kau bisikkan bicara keinsafan, Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan... Saat ku kehilangan keyakinan, Kau nyalakan harapan,Saat ku meragukan keampunan Tuhan, Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala, Menitis airmataku keharuan, Kepada sebuah pertemuan, Kehadiranmu mendamaikan, Hati yang dahulu keresahan.."


"Cinta yang semakin kesamaran, Kau gilap cahaya kebahagiaan, Tulus keikhlasan menjadi ikatan,Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan, Titisan air mata menyubur cinta, Dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu, Damainya hati, Yang dulu resah keliru, Cintaku takkan pudar diuji dugaan,
Mengharum dalam harapan, Moga kan kesampaian kepada Tuhan,Lantaran diri hamba kerdil dan hina.."


"Syukur sungguh di hati ini, Dikurniakan teman sejati, Menunjuk jalan dekati-Nya,
Tika diri dalam kebuntuan, Betapa aku menghargai, Kejujuran yang kau beri, Mengajarku mengenal erti, Cinta hakiki yang abadi, Tiada yang menjadi impian, Selain rahmat kasih-Mu Tuhan,

Yang terbias kepada ketulusan, Sekeping hati, seorang Insan Bernama teman......."


---------------@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@---------------


Itulah cerpen SEBUAH PERSAHABATAN FANA.... Kid's harap sedaplah cerita ni di mata kalian. Walaupun agak membosankan, kid's dah cuba sebaik yang mungkin.. Terima kasih kepada Wan kerana dialah yang mengajak kid's untuk join Contest ni. terimalah video ni...




itu saja.. wasalam......