CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »








Thursday, December 9, 2010

Sentiasalah Jaga Aurat anda - kerana Ada Makhluk Lain Mengintai Anda...!!!

Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.

Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapatmerasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung, walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah. Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.

Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.

Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

semoga anda dapat mengambil iktibar.....cerita ini utk menyedarkan kpd lelaki dan wanita....betapa pentingnya menjaga aurat...sekian....

Monday, December 6, 2010

♥ Perasankah Anda? ♥

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan.....


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat- laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,

sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,

tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.


♥♥

♥ fikirkanlah wahai sahabatku ♥

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


F A N A


♥ Bile Kite Sayang Org tu ♥

Biler kiter syg org tu,

Kita tnggu dia lame pn x per,

Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2...

Ati kate ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...


Biler kiter syg org tu,

Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,

Tp biler kite bosan,ada dia lyn kiter???

Ati kate,x pe dia busy kott!!!


Biler kiter syg org tu,

Kita gdh ngan dia,kita dim jea...

Tp dia heboh 1 dunia...

Ati kate x pe,dia tension tue...


Biler kiter syg org tue...

Kita kol nak ckp ngan dia...

Tp dia bg phone kat org len atau matikan...


Biler jd cm2,x pe...

Ati kata,x pe...lyn je,kwn dia,kwn kiter gak...


Biler kiter syg org tu...

Kita b’cerita dgn dia,citer ngan

tunggul lg baik...

Tp biler dia bercerita ngan kita???

Kita dgr,sepatah2 kite kena ingt...

klu x ingat kita yang kena marah

Ati kata x pe syg katakn…


Biler kiter syg org tu,

Kita & dia lpr...

Tp kiter bg sume roti kita kat dia...

Ati kata,ala jaga lh ati dia,sian dia…


Biler kiter syg org tue,

Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,

Tp biler kita letih,dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsn...

Adil ker???Ati kata,ala bukan selalu pun...


Biler kiter syg org tue,

Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,

Tp biler kita sakit,

Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,

Ati kata,ala x pe,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...


Biler kiter syg org tu,

Kita x pnh pntingkan diri sndri,

Tp dia hpokrit thp gaban..

Ati kata x per,dia mmg cm2 kene lah trima...


Biler kiter syg org tue,

Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya,

Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,

Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer,jgn nk mngrt...

Ati kata,cmnelah dia biler kiter x de,msti dia hepi...


Biler kiter syg org tu,

Kiter x snggp tngk dia derita,

Tp dia x prnh hargai diri kiter,

Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????


Biler kiter syg org tue,

Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia...

Tp adakah dia tahu pngrbnn kiter??

Ati kata,x pe,janji dia bhgia...

Dan...


Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya...

Dia dtg ziarah pusara kiter...


Dia kata


Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter...

Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter tnggu dia...

Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn...

Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter...

Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter...

Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter...

Dia mintak maaf sebab pernah bwt kiter klprn sbb dia...

Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter...

Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan skt kiter...

Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...

Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kiter...


NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....



HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG...

♥♥♥♥♥

♥ Cara jawab Telefon Dengan Betul ♥

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?Jawapan: maap.sini bukan balai polis.


2. Soalan: haloo, siapa disana?Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..


3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.


5. Soalan: haloo, mak ade rumah?Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..


7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikanperkhidmatannye... time kacih.


8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap


9. Soalan: halloo......Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?


10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.


11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul letu.


12. Soalan: assalammualaikum...Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)

♥ LUahaN HaTi se0raNG aNak ♥

Ya Allah..
Sesungguhnya haram bau syurga bagiku..
Seandainya aku derhaka kepada kedua orang tuaku..
Aku rindukan mereka, Ya Allah..
Aku ingin temui mereka sekarang Ya Allah..
Aku khuatir.. tiada lagi kesempatan buatku menemui mereka..
Andai bukan aku yg pergi meninggalkan mereka..
Mereka yang akan kembali menemuiMu..

Oleh itu..
Aku mohon Kau matikan aku sebelum aku berpeluang menjadi anak derhaka..
Aku cintai mereka, Ya Allah..
Aku sayang mereka, Ya Allah..
Namun aku tak pandai menzahirkannya..
Lisanku biadab terhadap mereka, Ya Allah..
Kata-kataku lancang meskipun aku sedar merekalah orang tuaku..

Oleh itu..
Kau lembutkanlah lisanku..
Kau zahirkan kasihku kepada mereka, Ya Allah..
Agar mereka dapat rasa..
Pengorbanan mereka kepadaku selama ini berbaloi, Ya Allah..
Cukuplah sekadar berbaloi bagi mereka, Ya Allah..
Kerana aku tidak mampu membalas jasa mereka, Ya Allah..
Andainya aku dapat berkhidmat pada mereka dunia dan akhirat,
tetap tidak akan setimpal dengan jasa mereka melahir dan membesarkanku, Ya Allah..

Aku hambaMu yg hina, Ya Allah..
Aku hambaMu yg lemah, Ya Allah..
Aku tewas bila syaitan meniup-niup api kemarahanku..
Nafsu amarahku sukar dibendung, Ya Allah..

Oleh itu..
Aku mohon Kau lindungi dan bantulah aku..
Agar menjadi anak yg soleh..
Yg dapat memberi bekalan kepada orang tuaku kelak..

Amiin...

♥ Maal Hijrah ♥

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman....

Thursday, December 2, 2010

♥ HaRi Ni SaNGaT MeMboSaNKaN ♥

Aduyai...mane kawan2 aku ni...

semuenyer ade kerje....

bosan lah..

ape nak buat erk??