CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »








Friday, December 9, 2011

Jangan Lari dariku

Bab 1

Mama..!! Rasa nak hentuk kepala dekat dinding saja. Baru je habis SPM, terus mama masuk meminang. Gila ke mama ni? Atau dah sawan? Hey! Syazwan Fazail! Sesuka hati kau je kutuk ibu sendiri. Dia meraup wajahnya dengan geram, sambil mengeluh berat. Bukannya mamanya yang nak menikah. Tetapi dia! Aduhai.. Nak lari, tapi ke mana? Nak bunuh diri, berdosa.. Arghhh! Syazwan menjerit dalam hati. Benci sungguh akan mamanya itu, baru saja seminggu dia tamat peperiksaan SPM, terus mamanya masuk meminang. Anak siapa entah, dia pun tak tahu. Teringat kata-kata mamanya semalam.

“Wan, mama dah pergi meminang anak kawan mama. Mama nak cepatkan majlis perkahwinan kamu dengan dia.”

“What??! Apa ni mama! Wan baru saja habis Spm?” Bentak Syazwan Fazail.

“Mama tak kira, bulan depan kamu berdua bertunang. Tiga bulan lagi kahwin! Jangan langgar perintah mama. Mama hanya nak yang terbaik untuk anak mama!” Selesai saja memberitahu hajatnya itu, terus dia berlalu keluar.

Syazwan Fazail melangkah malas ke halaman rumah. Baju t-shirtnya di buka dan dilemparkan ke kerusi. Seluar trexnya juga kena nasib yang sama. Dia terjun ke dalam kolam renang, tangannya mengayunkan gerak, kakinya juga begitu. Dia berenang sepuas-puas hatinya sampai tak sedar azan Maghrib berkumandang. Dia tetap saja tak mahu naik dari kolam itu. Rasa geram dengan Datin Sofia itu tidak hilang lagi.

“Wan, sudahlah tu. Mari naik dulu sayang..” Mak Rafidah orang gajinya yang telah lama bersamanya. Dia lah yang membesarkan Syazwan Fazail hingga dia menjadi seorang lelaki yang baik dan dengar cakap. Mama dengan papanya tidak pernah meluangkan masa bersamanya. Setiap hari sibuk dengan kerja. Kerja! Kerja! Kerja!

“Sekejap ibu, nanti Wan naik..” Syazwan tenggelamkan kembali badanya ke dalam kolam. Dia sudah terbiasa memanggil Mak Rafidah ibu dari kecil lagi. Keluarganya pun tak kisah. Datuk Azlan Fazail dan Datin Sofia juga hormat kepada Mak Rafidah.

“Dah solat ke belum tu Wan?” Mak Rafidah bertanya lembut.

“Belum bu..”

“Kalau belum tu, naiklah dulu. Lepas solat nanti, Wan nak sambung berenang tu sambung lah. Yang wajib mesti ditunaikan dulu ya.”

“Ye lah ibu..” Syazwan Fazail menarik keluar badannya dari kolam itu. Dia mencapai tuala yang Mak Rafidah bawakan tadi. Mujurlah Mak Rafidah sudah masak dengan perangainya yang mudah lupa itu. Dia tersenyum ke arah Mak Rafidah dan memeluk badan tua Rafidah dengan manja. Mak Rafidah membalas pelukan itu. Dah besar panjang anak majikannya itu. Walaupun dia diberikan hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah lupakan solat.

“Wan laparlah ibu..” Syazwan Fazail merengek manja.

“Ya ALLAH, tak makan lagi ke? Meh sini, ibu suapkan.”

“Ni yang sayang ibu ni! Ibu, lepas solat dan makan. Kita terjun kolam sama-sama nak?”

“Merepek dah mahgrib-mahgrib macam ni. Dah-dah, pergi mandi air panas lepas tu ambil wudhuk dan solat ye. Lepas tu, kita makan.” Mak Rafidah menepuk manja bahu Syazwan Fazail.

“Ok Ibu..” Dia memeluk kembali Mak Rafidah. Lama.. Dia tidak pernah memeluk Datin Sofia sebegitu sekali. Kerana memang dari kecil lagi, dia diasuh oleh Mak Rafidah.

“Mama dan papa kamu tak balik lagi ke?”

Tergaman Syazwan Fazail lalu dia melepaskan pelukan itu. Sakit telinganya mendengar perkataan ‘mama dan papa’. Huh! Mereka bukan orang tua aku! Yang suka memaksa saja kerjanya. Baru saja dia melupakan hajat mamanya itu. Tetapi bila saja mendengar perkataan itu, hati dia mula rasa geram. Mukanya kembali masam. Mak Rafidah terkedu. Mungkin anak terunanya itu masih memikirkan hajat majikannya itu.

“Wan, jangan termenung lagi. Huduhlah kamu buat muka masam macam tu. Nanti hilanglah kehenseman kamu itu.” Mak Rafidah mengendalikan keadaan.

“Ibu ni. Syazwan still hensem tau. Biarlah muka masam pun, asalkan muka Wan ni tak sama macam lembu.” Pecah tawa dua beranak itu. Selesai saja mengemas barang-barang di situ, mereka atur langkah ke dalam rumah. Pintu rumah di kunci rapat, tanda keselamatan.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..” Syazwan Fazail menamatkan solatnya. Setelah itu, mulutnya tak henti-henti berzikir. Dicampur dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Dia memejamkan matanya, masih lagi bertelingkar di atas tikar sejadah. Air mata lelakinya mula mengalir di pipi. Kejam sungguh mamanya mengatur hidupnya. Susah sangat ke mamanya nak faham keadaan dia? Yang baru saja menamatkan peperiksaan SPM ni? Tak sedar lagi ke mamanya itu dengan kejadian yang menimpa Abang Longnya suatu masa dahulu? Dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarga, tak sampai sebulan pun, Along sudah menceraikan isterinya dan kahwin dengan gadis pilihannya. Berwalikan Angahnya Azwan Fazail. Hanya dia, angah, adik su dan Mak Rafidah saja yang tahu di mana alongnya berada. Sekarang along pun hidup senang di sana. Tetapi dia?? Adakah dia dapat bertahan sebagaimana alongnya bertahan??

Dia mengangkatkan tangan untuk berdoa. Air matanya mengalir laju.

“YA ALLAH.. Jika ini yang ditakdirkan kepadaku. Aku terima semuanya dengan seandainya. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi segalanya. YA ALLAH, kau berikan aku petunjuk. Jika dia benar untukku, bahagiakanlah hidup kami. Jika dia tidak sesuai untukku, retakkanlah rumah tangga kami.” Syazwan Fazail mengaminkan doa. Mukanya diraup perlahan. Sampai begiru sekali dia berdoa. Dah taka da pilihan lain. Lusa dia akan menjadi tunang orang. Dia mengeluh perlahan.

Tikar sejadah dilipatnya dan diletakkan di dalam almari baju. Songkok pula diletakkan atas meja solek. Cermin mata dicapai dan diletakkan di kolar baju melayunya itu. Dia atur langkah perlahan menuruni tangga. Selesai saja solat mahgrib dan isyak, dia terus ke dapur. Bau makanan yang menusuk kalbu. Sedap sungguh, Syazwan tidak tahan lagi. Terus dia duduk atas kerusi meja makan itu. Mak Rafidah hanya senyum melihat telatah Syazwan Fazail yang memang kaki makan. Dia mencedokkan nasi ke dalam pinggan Syazwan. Sedang mereka enak menikmati makan malam…

“Sayang.. U ni minum banyak sangat lah.” Datin Sofia terhuyun-hayan masuk ke dalam rumah. Ada juga sampai jatuh ke tanah, dibangunnya semula.

Berdekah-dekah suami isteri tu ketawa. Lupa seketika urusan duniawi. Syazwan Fazail dan Mak Rafidah terkejut melihat ke dua insan yang sudah macam orang tak betul tu. Syazwan Fazail mendengus geram. Dia bangkit dari kerusi dengan perasaan yang membuak-buak di dada. Dia menghampiri ke dua-dua ibu bapanya itu, dan merenung tajam ke arah mereka berdua. Tangannya dikepalkan, menahan amarah. Mak Rafidah ke dapur untuk membasuh tangan. Lalu menampakkan dirinya di ruang tamu, di mana anak-beranak itu berada.

“Eh, kamu Wan. Dah tak sabar nak memeluk bakal isteri tersayang??” Lagi kuat Datin Sofia dan Datuk Azlan Fazail.

Syazwan baru saja hendak menampar Datin Sofia, tetapi lekas-lekas dia beristgfar di dalam hati. Dia memejamkan matanya. Mak Rafidah menghampiri mereka.

“Datin dah pulang??” Mak Rafidah cuba menghalang sebelum Syazwan Fazail bertindak melulu. Dia tahu Syazwan Fazail ingin menampar ibunya tadi.

“Aaaa.. Rafidah. Saya dah balik. Kami penat ni, lusa dah dapat bakal menantu, sebab tu tadi kami pulang lewat. Sebab meraikan bakal menantu, kan sayang.” Datin Sofia mencuit manja hidung suaminya itu.

“Betul tu Rafidah..” Datuk Azlan Fazail sendawa kuat. Bau arak kuat menusuk hidung Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Mak Rafidah berlagak biasa. Syazwan Fazail menahan sebak.

“Dah lah tu Datin, Datuk. Masuklah dulu bilik, mandi, solat….”

“Solat?? Hahaha, Solat? Apa tu solat?” Datin Sofia dan Datuk Azlan Fazail berkata serentak, sambil ketawa berdekah-dekah. Mereka pun berlalu ke bilik, jalan pun tak serupa bikin. Terkejut Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Air mata Syazwan Fazail tak dapat ditahan lagi, dia terus mengatur langkah ke luar rumah.

Syazwan Fazail melutut di tepi kolam ikan. Tangannya main-main lembut ikan di dalam itu. Kesemua ikan-ikannya sudah mempunyai nama sendiri. Dia sendiri yang bagi. Air matanya mengalir laju. Dia tidak dapat menahan sebak. Kalau Datin Sofia itu bukan mamanya, dah lama ditumbuknya perempuan tak guna itu! Mak Rafidah mengekori Syazwan Fazail, dia juga turut sedih dengan apa yang berlaku. Mak Rafidah cuba menenangkan Syazwan Fazail. Azwan Fazail masuk ke dalam rumah, langkahnya tiba-tiba berhenti kerana mendengar tanggisan seseorang.

“Siapa pula yang menangis malam-malam buta ni?” Azwan Fazail mengatur langkah perlahan ke halaman rumah. Matanya tertumpu ke arah Syazwan Fazail dan Mak Rafidah. Terdiam dia sebentar.

“Ibu, kenapa semua ni terjadi dekat Wan? Kenapa ibu bapa Wan jadi macam tu? Kenapa minuman syaitan tu jugak mereka teguk? Kenapa ibu! Kenapa!” Syazwan Fazail meraung sepuas-puas hatinya. Sambil memeluk Mak Rafidah. Azwan Fazail menghampiri Mak Rafidah dan Syazwan Fazail. Beg kerjanya itu diletakkan di pintu rumah tadi. Syazwan Fazail melepaskan pelukan itu dan terus memeluk angahnya.

“Angah!! Kenapa semua ni Wan kena tanggung? Kenapa semua ni terjadi kat keluarga kita angah? Kenapa??!!”

“Sabar dik, itu semua dugaan yang harus kita terima. Kita berserah je kepada ALLAH ye dik. Pasal perkahwinan kamu tu, terimalah seandainya. Walaupun mama dan papa minum arak, seburuk mana pun mereka itu, mereka tetap ke ibu bapa kita yang harus kita hormati.” Azwan Fazail berkata dengan lembut, sambil menyapu lembut kepala adiknya itu yang akan ditunangkan esok lusa. Kesian juga dia kepada adiknya itu. Tak pasal-pasal terima nasib yang sama macam dia dan along. Adik su pun mungkin akan terima nasib yang sama kot. Mak Rafidah menyapu air matanya. Ya ALLAH, berikanlah cahaya kebahagiaan kepada keluarga ini. Ringankanlah beban anak-anakku ini. Mak Rafidah berdoa di dalam hati.

Pertunangan antara Syazwan Fazail dengan Raihana Syaliana di adakan secara besar-besaran. Datin Sofia yang menyarungkan cincin pertunangan kepada Raihana Syaliana. Syazwan Fazail memandang rumah itu dari jauh. Tak sanggup nak tengok bakal isterinya itu. Ntah-ntah sama je perangai dengan Datin Sofia. Dia mengeluh berat. Anak datuk rupanya beruk tu! Syazwan Fazail bermadah seorang diri, di dalam kereta Vios miliknya itu. Enjin kereta dihidupkan, gear di tekan. Dia membawa diri ke pantai.

Enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari keretanya dan mengatur langkah di bawah pohon yang redup dari cahaya matahari untuk menenangkan jiwa. Dia menangis sepuas-puasnya, tidak dihiraukan sesiapa yang lalu-lalang di situ. Air pantai berombak lembut, angin meniup sepoi-sepoi, burung-burung bercanda sesame sendiri. Bagai mengerti kegelisahan yang dihadapi oleh Syazwan Fazail. Kematian kekasih dia Alia Maisarah dua tahun dulu, membuatkan dia tidak dapat menerima cinta sesiapa lagi. Dia amat mencintai Alia Maisarah, yang lemah lembut, baik hati. Tapi itu cuma sementara, kerana dia menghadapi penyakit barah otak. Alia Maisarah tidak dapat diselamatkan, dan arwah pergi menghadap yang maha esa. Tuhan lebih menyayanginya.

“Alia.. Andainya awak masih ada sekarang. Saya takkan jadi macam ni. Saya terlampau cintakan awak. Awak lah segala-galanya bagi saya. Kenapa terlalu awal awak pergi? Alia……” Air matanya mengalir lagi. Payah dia untuk menjalani kehidupan sebegini. Susah untuk dia menerima takdir yang menimpa diri. Cuma mampu berdoa saja. Handphonenya bernada, pantas dia mengelap air mata yang laju membasahi pipinya tadi. Private number? Sapa pulak ni?

“Assalamualaikum..” Syazwan Fazail jawab malas.

“Haii baby.. How are you? Baby ada kat mana?” Sungguh menggoda suara di hujung talian, tetapi tidak dapat menembusi tembok perasaan Syazwan Fazail.

“Sorry, awak salah nombor. Saya bukan baby awak.” sengaja perkataan baby itu dikuatkan sedikit.

“U tipu.. Takkan u tak kenal tunang sendiri..??” Raihana Syaliana merengek manja.

Syazwan Fazail terkedu. Tunang aku? Dia mendengus marah. Mesti Datin Sofia yang memberikan nombornya kepada ‘tunang’nya itu.

“Kau ni kenapa haa perempuan? Kau tu hanya tunang hanya sebagai nama! Bukan tunang aku yang sebetulnya aku sayang dan cintai! Assalamualaikum..” talian dimatikan.

Raihana Syaliana memuncungkan mulutnya. Datin Sofia melihat bakal menantu kesayangannya itu.

“Kenapa ni sayang??” Datin Sofia merapati tubuh Raihana Syaliana yang sudah panjang sedepa muncungnya itu. Spesis macam itik pun ada juga!

“Wan.. Dia tak layan Syana..” Raihana Syaliana merengek manja, suaranya dibuat-buat sedih.

“Kamu sabar ya sayang. Mama akan buat Wan tu sayang dan cintakan Syana. Syana jangan risau ya. Tak lama lagi, kamu akan menjadi menantu mama. Mama akan berikan semuanya apa yang kamu minta ya sayang..” Datin Sofia memeluk tubuh Raihana Syaliana. Raihana Syaliana senyum sinis. Mampus kau Syazwan Fazail, lepas aku bernikah dengan kau. Aku akan rampas semua harta kau dan akan membiarkan kau hidup miskin! Raihana Syaliana ketawa dalam hati. Datin Sofia melepaskan peluka, dia menyapu air mata palsu yang mengalir di pipi Raihana Syaliana.

“Syana tak cukup seksi lagi ke mama? Atau Syana perlu lagi seksi untuk menambat hati Wan..?” bulat mata Azwan Fazail memandang Raihana Syaliana itu. Pakai baju tak cukup kain, terdedah sana sini, kau ingat adik aku tu suka kat engkau? Jangan bermimpilah budak! Azwan Fazail bermadah dalam hati.

“Cukup dah tu seksinya, kan kalau terlebih seksi, biar papa saja yang kahwin dengan kamu.” Datuk Azlan Fazail menyambung kata.

“Sayang ni gatal tau, dengan bakal menantu pun nak cuba. I tak cukup lagi ke?” Datin Sofia menunjuk-nunjukkan badannya yang berpakaian ketat itu.

“Sayang.. I gurau sajalah. Malam ni kita enjoy ya sayang.” Pecah ketawa mereka bertiga. Cuma Azwan Fazail saja yang diam. Dia menggeleng kepala. ‘YA ALLAH, kau pulihkanlah orang tuaku.’ Dia berdoa di dalam hati.

“Azwan.. Kamu pula? Tak nak kahwin lagi ke? Takkan lah nak tunggu orang yang dah mampus tu?” Terkejut Azwan Fazail dengan kata-kata bonda yang tercinta itu. Wajah suci arwah Liyana Aisyah bermain di minda.

“Mama.. Jaga butir bicara mama. Dia meninggal dunia, bukannya dah mampus.” Sengaja perkataan mampus itu di kuatkan sedikit. Datin Sofia menjengkelkan matanya memandang anaknya yang kurang adab tu.

“Kamu jangan biadap dengan mama!”

“Siapa yang biadap? Mama atau Azwan?”

“Mama cuma tanya, bukannya memarahi kamu. Kamu tu belajar agama tinggi-tinggi sampai ke luar Negara. Tetapi tak pandai nak hormat orang tua!”

Azwan Fazail bangkit dari kerusi, jarinya ditunding ke arah Datin Sofia, Datuk Azlan Fazail dan Raihana Syaliana. Mereka semua terkejut. Azwan Fazail senyum sinis memandang mereka.

“Memang saya kena hormat mama, tetapi kalau mama tak hormat anak mama sendiri, buat apa Azwan nak hormat mama? Mama dengar sini ok? Kalau Syazwan tak bahagia dengan hidup dia bersama perempuan durjana tu!” Jarinya ditunding ke arah Raihana Syaliana yang memandang tajam ke arahnya. Lalu dia senyum sinis.

“Mama tahulah apa yang akan Azwan buat kepada mama dan papa.” Azwan Fazail atur langkah ke luar rumah, kunci kereta dicapainya. Kereta dihidupkan, gear ditekan. Dia keluar dari rumah itu buat selama-lamanya. Tak ingin lagi dia menjejak kaki ke rumah yang telah banyak menyimpan kenangan buruk dan pahit bagi dia. Tetapi, kenangan indah bersama arwah isteri pertamanya itu. Takkan dia lupakan. Dia meneruskan perjalanan ke kampong Alongnya di Terengganu. Dan tinggal bersama isteri keduanya kembar Liyana Aisyah yang dikahwin tanpa pengetahuan ke dua ibu bapanya. Dia lebih suka begitu.

“Mama, Syana balik dulu. Syana tahu semua orang dalam rumah ni bencikan Syana. Syana rasa tak patut Syana menjadi salah satu dari keluarga ni.”

“Syana balik dulu, tenangkan fikiran ya. Jangan fikirkan yang buruk-buruk. Mama dan papa akan pastikan yang kalian bahagia. Percayalah sayang.”

“Ok mama.. Janji tau..” Raihana merengek manja sambil memeluk ke dua bapa dan ibu mertuanya itu.

Jaga kau Wan. Nanti kau akan terima akibatnya! Jerit Raihana Syaliana.

Syazwan Fazail masih lagi mengelamun seorang diri. Matahari sudah naik, dia terpegun melihat keindahan ciptaan ALLAH. Sungguh cantik, lantas dia mengeluarkan handphone blackberrynya dan pantas menangkap gambar permandangan itu. Hilang segala resah di jiwa. Dia tersenyum puas. Gambar di dalam handphone itu, di belek berulang kali. Dia mengeluh perlahan. Dari jauh dia Nampak seorang gadis bertudung labuh berwarna putih. Baju kurung yang besar menutupi badan perempuan itu. Dalam kegelapan senja itu, dia melihat gadis itu dengan samar-samar. Matanya dikecilkan untuk melihat dengan jelas. Alia Maisarah!

Saturday, March 19, 2011

pErsAhabAt@N




`LiHat, dEngAR, rAsak@n!`
sEoRang SaHabaT baHagiA saaT saHabAtnya baHaGia
sEoRang SaHabaT seLalU mEndEnGaRkaN KeLuH kEsaH saHabAtnya
sEoRang SaHabaT mErAsak@N yaNg saHabAtnya rAs@kaN

bUkAn SaHabaT…
haNya bErSaMa sAaT bAhaGia
mEmeNtiNgkaN diRi sEnDiri –> EgOiS!
MenGkHiaNaTi kEpeRcayAaN sAhaBatnYa

anD I sAy…
I LoVe yOu,
I neEd You,
mY bEsTfRiEnd…

bEsTfRiEnd cOmE wHen wE sAd
bEsTfRiEnd tHeRe wHeN wE neEd
bEsTfRiEnd rEmeMbeR aLtHougH wE foRgEt
bEsTfRiEnd caN makE oUr sMiLe

tO mY bEsTfRiEnd…
sTilL bE beSidE mE
LOvE mE
maKe mE SMILE aNd hApPy,,

`keEp oUr fRiEndsHip wHaTevEr, wHeNevEr, n foRevEr…!`

Friday, March 18, 2011

Mencipta Masa Depan

Memang mudah terlintas maksud turutan perkataan tersebut di dalam minda kita.

Namun adakah ia sama dengan pemikiran orang lain?

Sudah tentu ianya berbeza dan sering bercanggah antara satu sama lain.

Dalam pada itu sebenarnya telah wujud persamaan antara perbezaan pemikiran tadi.

Walau bagaimanapun mungkin anda boleh bersetuju dengan saya sekiranya saya mengatakan maksud yang sebenar bagi perkataan-perkataan tersebut adalah dengan satu perkataan iaitu cita-cita.

Cita-cita membawa maksud harapan dan impian yang cuba direalitikan oleh setiap insan yang bergelar manusia pada masa hadapan.

Ada bermacam cita-cita yang boleh kita impikan.

Doktor, guru, arkitek, usahawan berjaya, kerani, dan banyak lagi pekerjaan yang sering kita impikan.

Namun begitu, ada juga manusia yang bercita-cita sesuatu perkara yang negatif contohnya merompak, melepak, menganggur, menyemak tepi kaki lima, kutu rayau, sekadar berfoya-foya, raja judi, perogol dan sebagainya.

Semua yang disenaraikan ini adalah berkaitan dengan cita-cita makhluk yang bergelar manusia.

Cita-citalah yang mempengaruhi seseorang manusia itu untuk belajar.

Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai keinginan untuk menjadi seorang guru.

Walau bagaimanapun, syarat untuk menjadi seorang guru mesti memiliki kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Untuk memiliki ijazah sarjana muda pula kita harus melanjutkan pelajaran ke universiti terlebih dahulu.

Seseorang itu juga perlu menghabiskan pelajarannya di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dahulu sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Begitulah selanjutnya sejak daripada peringkat tadika lagi.

Sememangnya ada turutan tersebut dalam meniti kehidupan.

Namun, adakah turutan itu terasa kelazatannya? Kelazatan di sini bermaksud sejauh mana kita berusaha menempuh hidup yang diimpikan itu.

Sesungguhnya impian tidak semestinya tercapai.

Namun ia tidak mustahil untuk dicapai. Hanya fikiran yang menentukan keberjayaan kita memperoleh apa yang kita inginkan pada masa depan.

Di dalam liku-liku hidup ini, berusahalah mengikut landasan dan keperluan yang betul.

Bukan sahaja kita akan memperoleh impian yang sekian lama kita simpan, kita juga akan memperoleh kenikmatan dan juga kebahagiaan di dalam hidup ini.

Namun, sebagai manusia sudah pasti ada yang membataskannya.

Pastikan ia mengikut landasan syariat yang betul dan tidak menyeleweng supaya hidup bermasyarakat sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni senantiasa.

InsyaAllah...

Kisah Kolam Susu

Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana.

Pada satu hari Baginda telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.

Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.

Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu.

Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik.

Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihatnya. Maklumlah malam kan gelap...

Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana.

Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya.

Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan.

Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.


Sahabat-sahabat sekalian...

Kenapakah peristiwa di atas berlaku?

Tidak lain dan tidak bukan kerana masing-masing berfikiran seperti Awang Selamat, "Aku tak perlu bawa segelas susu awal lembu tu.. buat apa? Membazir... kalau aku bawa air kosong pun tak menjejaskan apa-apa kerana orang lain tak tahu.

Biarlah orang lain yang membawa susu itu."

Sahabat-sahabat sekalian...

Tanggungjawab 'Amar Maaruf dan Nahi Mungkar' adalah tanggungjawab dan kewajipan kita bersama sebagai seorang muslim.

Marilah kita menyambung mata rantai perjuangan Islam yang telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. lagi.

Kalau bukan kita siapa lagi?

Renung-renungkan.

Hebatnya Seorang Ibu

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.

p/s : dan ingatlah wahai wanita-wanita solehah... satu hari nanti .. kita akan menjadi seorang ibu ... :)

Makhluk Yang Tidak Kuat

Akhir 2008, saya bertemu dengan sebuah pencarian panjang iaitu hidayah. Ceritanya bermula dengan saya mengikuti jemaah tabligh. Saya mengenal Islam yang sebenar dengan cara yang sangat santai, iaitu mengenal Allah terlebih dahulu.

Pada awalnya, saya sangat tidak impressive dengan mereka kerana melalui ceramah-ceramah mereka, mereka keep on emphasizing, "Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa".

Hampir semua orang keep on saying that short sentence- Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.

Jika sedang makan, saya dididik, "Allah bagi kenyang, makanan hanya sebab". Jika naik kenderaan, saya diajar, "Allah bagi sampai, kenderaan ini hanya sebab".

Begitulah, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang besar-besar, semua dikaitkan dengan Allah.

Saya pernah beranggapan bahawa golongan ini kurang menekankan aspek ilmu, tapi nyata saya tersilap. Apakah ilmu yang lebih besar selain daripada ilmu mengenal Allah?

Alhamdulillah. Saya wajib berterima kasih kerana mereka melayan saya seperti kanak-kanak. Apa tidaknya, saya diajar bahawa bukan pisau yang memotong, tapi Allah yang potong. Saya dilatih, 'Jika kamu memandang kepada pokok/ haiwan/ kapal terbang atau apa-apa saja, kaitkan ia dengan Allah'.

Benda yang remeh, kan? Tapi secara tak langsung, 'perkara remeh' inilah yang membuka mata saya, seolah-olah saya 'melihat Allah'. Maksud saya, merasakan sangat hampir dan dekat dengan Dia.

Subhanallah.
Saya mahu kiranya kalian juga dapat menikmati perasaan ini. Iaitu rasa kagum kepada Tuhan.

Sunnatullah.
Pernah kalian belajar tentang ini? Saya bukan nak ajar, cuma nak berkongsi. Dalam dunia ini, Allah telah meletakkan ketentuan yang dipanggil sunnatullah. Dalam erti kata lain, ia ialah 'sebab dan akibat'. Sebagai contoh : Kita makan (sebab), kita kenyang (akibat). Ini fahaman kita sejak dari nenek moyang kita lagi.

Maaf. Fahaman bahawa semua 'akibat' adalah berpunca dari 'sebab' ialah satu fahaman yang tersilap. Ini adalah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai fahaman bahawa bukan sebab yang membawa kepada akibat, tetapi Allah yang membawa akibat.

Sebagai contoh: Kita makan (sebab) dan kita kenyang (akibat).

Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman bahawa yang memberi kekenyangan bukanlah nasi atau makan, tapi Allah yang beri kenyang.

Cuma, kita perlu ikut ketetapan yang ditentukan tadi, iaitu Sunnatullah.

Ini adalah kerana Allah berfirman :

'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.' (surah al-Kahfi ayat 84)

'Jalan' yang dimaksudkan ialah 'cara'. Sebagai contoh - Kamu mahu kenyang, kamu harus makan. Kamu mahu berjaya, kamu harus berusaha. Kamu mahu masuk syurga, kamu perlu buat amal soleh. Ini syaratnya. Ini requirement nya dan inilah ketetapannya. Kejayaan tidak datang dengan melepak. Kenyang tidak datang dengan menonton televisyen. Sembuh tidak datang dengan tidur. Semua telah ditetapkan.

'Yang demikian adalah menurut "sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "sunnatullah" itu'.- (Al Ahzaab ayat 62)

Dalam erti kata yang lain, Allah mengajar kita bahawa semua benda berlaku bersebab, tapi bukanlah sebab itu yang membawa kepada akibat. Hakikatnya ialah Allah.

Kerana itu, api yang panas yang sifat dan kebiasaannya membakar, menjadi sejuk dan nyaman dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s dihumbankan ke dalam api oleh Raja Namrud.

Kerana itu jugalah, Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Mariam tanpa bapa. Kerana hakikat sebuah akibat (kelahiran) ialah Allah.

Kerana itu juga, kita melihat bahawa ada orang makan sepinggan sudah kenyang, ada orang perlu makan lima pinggan baru kenyang. Ini bukti bahawa Allah telah menetapkan bahawa yang Dia yang memberi kenyang, bukan makanan. Jika makanan yang memberi kenyang, mudah dunia ini. Setiap orang hanya perlu makan sebiji kacang setiap orang, jika benar ia (kacang) ada kemampuan memberi kenyang.

Nyata tidak, kerana kuasa memberi kenyang hak mutlak Allah sahaja.

Kerana memahami sunnatullah inilah, saya diajar supaya apabila saja menerima wang dari ibubapa saya, saya wajib berterima kasih kepada mereka dan wajib saya berterima kasih kepada Allah. Memang zahirnya, ibubapa saya yang beri saya wang, tapi hakikatnya Allah yang beri.

Inilah yang dinamakan konsep usaha-tawakkal.

Saya wajib berusaha- iaitu mewujudkan sebab. Contoh: saya belajar. Maka, selepas saya melakukan 'sebab' maka saya wajib bertawakkal. Jika Allah mahu, Dia boleh beri saya berjaya atau jika Dia tidak mahu, saya gagal. Inilah yang dinamakan "tawakkal dengan berbekal"

Kesimpulan
Saya mahu kita menanam satu budaya, iaitu 'melihat Allah'. Kita tanam rasa kagum dan rasa nampak kehebatan Allah dalam setiap yang kita buat dan kita nampak. Caranya, jika nampak kucing yang comel, kita kaitkan dengan hebatnya Allah yang ciptakan kucing ini.

Kita juga harus faham benar bahawa 'hakikat akibat' ialah hak Allah. Allah beri kenyang. Allah beri sembuh. Allah beri sakit. Makan ialah makhluk. Rehat ialah makhluk. Riadah ialah makhluk. Ia cuma menjadi cover luar sahaja.

Mudah nak faham, cuba bayangkan jika dunia ini tiada ketentuan (peraturan). Maka, kita akan lihat ada manusia akan makan racun serangga, tak mahu makan nasi. Tapi kenapa sekarang, manusia makan nasi dan tidak makan racun? Kerana Allah telah menetapkan bahawa fungsi racun ialah membunuh serangga dan fungsi nasi ialah memberi tenaga.

Dan ingatlah juga peristiwa apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s, "Siapa Tuhan kamu?" Musa a.s menjawab, "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya" (20;50)

Maka, lihatlah diri kita. Bukankah itu tanda bahawa Allah hebat?

Perut yang kembali lapar selepas beberapa jam makan, rambut yang kembali panjang selepas sebulan digunting, kuku yang kembali panjang selepas seminggu dipotong, tanda bahawa Allah telah menetapkan segala sesuatu. Jika manusia hebat, katakanlah kepada perut, "Hai perut, janganlah kau lapar selama seminggu". Boleh begitu?

Jelas, Allah sangat hebat. Cuma kerana kita tertipu dengan 'sebab' , kita tidak nampak bahawa 'akibat' ialah datang dari Allah. Kita tak nampak yang Allah itu hebat. Sangat malang!

Allah sangat hebat.

Maka, mari sama-sama kita 'melihat Allah'. Kita kaitkan makan, minum, dan tidur dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat berkuasa, makhluk tiada kuasa. Makhluk hanya 'sebab' dan 'akibat' ialah segalanya dari Allah.

Ya, Allah sangat hebat.

Mengapa Tidak Percaya Sebelum Berjaya?

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.

Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.

Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.

Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.

Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?

Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.

Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.

Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.

Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.

Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.

Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.

Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

Membina Keyakinan Melalui Minda

Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain.

Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.

Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa

Didikan terus daripada tuhan.

Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.

Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Semasa Kecil

Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak.

Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas.

Itu hanya pandangan dan idea.

Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara.

Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat.

Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba.

Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya.

Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya.

Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang.

Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas.

Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Malu atau Takut? Kedua-duanya berkaitan keyakinan diri.

Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semua nya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri.

Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.

Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri.

Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...

Kelebihan Manusia

Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan.

Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.

Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga.

Demikian juga sebaliknya.

Lihat sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul).

Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku.

Ini yang menjadikan beliau hebat.

Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Cuba Latih Minda Setiap Hari

Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata.

Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak.

Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.

Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri.

Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang.

Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan.

Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu.

Sentiasalah berlapang dada!

Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba.

Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.

Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Parasit Hati

Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.

Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!

Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.

Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?

Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.

Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.

Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.

Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.

Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak "hitam" dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan "malaikat" yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan.

Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya... biarkan dia berlalu sebagai "tanda jalan" dalam musafir hidup mu!

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman.Jangan melulu oleh kemarahan.

Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang... tetapi sekadar "melembutkan" pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis?

Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!

Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda... kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.

Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu.

Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!

Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.

Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!

Tuesday, March 8, 2011

Tanda-Tanda Gadis Sudah Tiada Dara..satu kupasan yang mendalam…

Apakah itu Selaput Dara?

Dalam istilah perubatan moden, selaput dara dipanggil sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan itu dilahirkan. Kedudukannya adalah di antara satu atau dua centimeter dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut liang vagina. Selaput ini sangat nipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membran ini tidak berfungsi, namun ia tetap menjadi beban yang sangat berat kerana gadis dinilai oleh “selaput dara’ sebagai bukti kegadisan seseorang perempuan.

Adakah semua gadis dilahirkan mempunyai selaput dara?

Jawapannya : Tidak. Bukan semua gadis mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian di eropah yang mendapati ada bayi perempuan yang lahir tanpa selaput dara.

Apakah yang menyebabkan Selaput Dara Pecah?

Biarpun hanya sekadar lapisan lendir, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya boleh pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat, seperti terlalu aktif bersukan, menunggang basikal, memanjat pokok,adalah sebab-sebab yang berisiko tinggi untuk selaput dara itu pecah..

APAKAH TANDA-TANDA GADIS YANG SUDAH HILANG DARA?

1. DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2. HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

4. BUAH DADA

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

5. GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah, nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )…

6. JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

7. PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

8. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelhatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

9. BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

10. FARAJ

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

11. LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….

Sunday, February 13, 2011

ANTARA MAZMUMMAH UTAMA YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI IALAH :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

10 ZON LARANGAN BERCINTA


Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebiah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kalu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamuyang sebenar dan percayalah orang yang menyintaikamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara in dalam hubungan kamu.



1. BERCINTA KERANA SIMPATI DAN KASIHAN

Kamu tidakakan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksadiri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlau mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya kamu tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus terang padanya. Si dia lebih kecewa andanya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

2. MELIRIK KEPADA JEJAKA / GADIS LAIN

Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka / gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya puladi kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. BERSIKAP HIPKORIT

Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia bercerita tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksadiri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara inikerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya sidia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan si dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. SANGGUP MENYERAH KALAH

Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton denganya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dengan si dia akan menjadi ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestlah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan huungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. TERIMA SEMUA KESALAHAN

Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ’kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perluuntuk kebaikan kamu berdua.

6. HARUS SENTIASA BERSAMA

Orang bercinta kebiasannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain mangganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali sidia dalam kelompok teman-teman kamuagar sidia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaha kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. RAPAT DENGAN SAHABAT KARIB SI DIA

Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan sidia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temanya. Kamutidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. BERPURA - PURA TIDAK CEMBURU

Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis kain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka / gadis kamu perlu tegur si dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu seketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. TERLALU MENERIMA SIKAP SI DIA

Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namunitu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubahandainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan inisiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. BIARKAN SI DIA MEMBAYAR

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolahansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

CINTA ITU INDAH
WALAUPUN KEMUJUDAN CINTA TIDAK BISA DILIHAT,CINTA ITU INDAH DAN CANTIK.
CANTIKNYA ITU TULEN DAN TIDAK IA BERTOPENG.
BUKAN SAHAJA CANTIK MALAH SUCI MURNI,BERCAHAYA GEMERLAPAN DAN PUTIH BERSIH.

yang benar,

F.A.N.A

UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA




Bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat agar kita sama2 dapt menghargai ibu kiter selagi mereka masih ada"

fr0m; Dr Cinta a.k.a Pejuang Cinta (i love u mum!!)

yang benar,

F.A.N.A

Saturday, February 12, 2011

walking BLOG...

meh cni... jalan2 amik angin kat BLOG

sedih...

kini... F.A.N.A..

sudah tidak sehaluan lagi...
Fatin kelas lain.. Nik kelas lain...
adakah kerana itu..kami tidak
boleh bersama lagi seperti tahun lepas??

kami mule buat blog ni tahun lepas..
tanggal 11.7.2010...
kami rasa patut buat blog ni..
kerana banyak kenangan yg kami
simpan di dalam ni...
kami sayangkan persahabatan ni..

tolong bagi kami...sedikit tips..
mcm mane nak rapatkan semule
persahabatan kami..
salah seorang kawan kami..
telah berkata kepada saya (anis)

''mu sudah banyak berubah..!!''

anis :
''aq berubah? mana ade.. berubah dari segi apa?''

''fikirlah sendiri..jawapannyer ade dalam dirimu..''

anis :
menangis.... sedih...
tolong lah kawan2...

di dalam kesedihan

aNiS AiNiNa..... :'((((


Dosa derhaka kpd orang tua

Jangan Biadap pada IbuBapa

Ya Allah sembuhkanlah penyakit ayahku ini

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut. Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini.

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.

Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya. Firman-Nya:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).

Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka. Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.

Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168.

Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka...


yang benar,


NiK FaEzAh...

pErasaNKaH AnDa ?

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan.....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat- laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,

sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,

tapi sepanjang hidup untuk melupakannya....


yang benar,


FaTiN AfiQaH...

kata-kata cinta

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..



Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...



Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

yang benar,

AiN ..